Assalamualikum.
Jom hayati kisah yang sedih ni.
Dulu,hati awak terluka,
Dia telah permainkan hati awak,
Kesian dekat awak.
Awak nanges teresak-esak,
Saya pujuk awak,
Saya tak nak tengok kawan baik saya sedih,
Awak sedih saya pun turut sedih.
Awak pinta hati saya,
Saya bagi hati saya dekat awak,
Supaya awak gembira,tak sedih lagi,
Awak gembira,saya pon gembira jua.
Kita selalu bersiar sama-sama,
Saya gembira dapat tengok awak senyum,ceria awak,
Indahnya waktu itu.
Kita selalu minum sama-sama,
Kadang-kadang kita minum air kosong jer,
Tapi saya tak kisah,
Hati saya gembira dapat minum bersama awak.
Hari tu hujan lebat,
Saya payungkan awak,saya tak nak awak basah,
Nanti awak demam,
Dalam hati saya berkata "Seronoknya dapat berpayung dengan awak,macam drama Korea."
Tapi akhir-akhir ni awak selalu termenung,
Tak ceria seperti selalu,
Dulu,saya dapat lihat senyuman mesra awak.
Sikap awak makin berubah,
Rupa-rupanya dia kembali dalam hati awak,
Dari raut wajah awak,saya dapat tahu,
Tapi saya pura-pura tak tahu,
Saya tak nak kehilangan awak,
Saya tak nak awak tinggalkan saya.
Saya tak tahan dah dengan sikap awak,
Hati saya sakit dengan sikap awak,
Saya tanya awak berulang kali,adakah awak sayang saya,
Akhirnya awak mengaku yang awak dah tak sayang saya,
Dah lama awak pura-pura sayang saya,
Senyuman awak,senyuman pura-pura.
Saya tahu awak tak dapat tipu diri sendiri lagi,
Akhirnya awak bersamanya semula,
Mengapa awak,mengapa awak buat semuani dekat saya,
Awak hancurkan hati saya,
Saya tak pernah pon permainkan hati awak seperti dia dulu.
Saya tak berdaya untuk buat awak kembali,
Siapalah sayakan,
Awak tetap pergi bersamanya,
Saya harap awak bahagia dengannya,
Saya harap dia tak permainkan hati awak lagi,
Biarlah saya sendiri disini
Terima kasih awak,
Sebab sudi hadir dalam hidup saya.
Apapun,
Saya tetap sayangkan awak!
No comments:
Post a Comment